Informasi

The FAB project is an Erasmus+ KA2 Capacity Building in the field of Higher Education that aims to develop a MSc. program in Family Business Administration in order to address the unique challenges that family businesses in Cambodia, Malaysia, Philippines, Bangladesh, Bhutan, Nepal face and hamper their growth and development. The project is coordinated by the National University of Management in Cambodia.

Projek FAB menghasilkan Ijazah Sarjana baru dalam Pengurusan Perniagaan Keluarga yang disokong oleh kursus latihan profesional VET, enam pusat kecemerlangan yang mempromosikan kerjasama, inovasi dan pengembangan kerjaya, di mana VLE terdiri daripada Ruang Akademik, Perpustakaan Maya dan Kursus-kursus pembelajaran dalam talian yang terbuka secara percuma (MOOCs).

Pendekatan hasil pembelajaran yang memaparkan konteks, skop dan kandungan program akan dipadankan dengan aktiviti-akitiviti pembelajaran, kaedah penilaian dan kriteria penilaian yang bersesuaian.

Program MSc. FAB akan menerapkan pengetahuan, amalan terbaik dan proses-proses dari institusi pengajian tinggi (IPT) di Eropah, iaitu Portugal, Yunani dan Cyprus, untuk mengurangkan jurang perbezaan akademik serta menangani keperluan perniagaan keluarga di asia untuk memenuhi keperluan individual.