Objektif

Tujuan program MSc. dalam Pentadbiran Perniagaan Keluarga adalah untuk membangunkan satu kerangka kerja pembelajaran dan memahami sifat, kepentingan, dan keunikan perniagaan keluarga di Kemboja, Malaysia, Filipina, Bangladesh, Bhutan dan Nepal.

Projek FAB akan mencadangkan metodologi untuk mereka bentuk kurikulum MSc. yang mempromosikan peralihan daripada tumpuan kelayakan ijazah ke kelayakan berdasarkan kompetensi. Dalam konteks ini, konsortium akan memindahkan pengetahuan yang signifikan daripada Sistem Pendidikan Eropah untuk membangunkan kurikulum MSc. dalam Pengurusan Perniagaan Keluarga dengan lebih mantap dan berasaskan praktikal yang akan digunakan oleh Institusi negara-negara PC.

Objektif khusus kertas cadangan ini adalah untuk:

- Menghasilkan kurikulum khusus yang inovatif dan baru untuk program MSc. dalam Pengurusan Perniagaan Keluarga. Dengan itu, ia membantu untuk membangunkan kapasiti institutusi pengajian tinggi (IPT) di negara rakan kongsi (partner counties, PC), meningkatkan tahap kecekapan dan kemahiran yang ditawarkan, dan mengatasi ketiadaan program dalam bidang ini. Konsortium ini juga akan mengkaji dan merumuskan reka bentuk di pelbagai peringkat dan model gabungan MOOCs untuk kursus profesional Perniagaan Keluarga, termasuk pembelajaran formal dan tak formal.

-Menghasilkan sinergi dan membina hubungan serantau sektor perniagaan keluarga untuk memenuhi keperluan mereka dari segi kemahiran profesional dalam bidang keusahawanan dan pengurusan perniagaan keluarga, keperluan latihan dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.

- Memperkukuhkan kapasiti IPT di PC dengan melatih staf akademik mereka dalam kursus-kursus baru dan kaedah-kaedah penyampaian yang sesuai. Ini dapat dicapai dengan mengadakan lawatan sambil belajar ke IPT di Kesatuan Europah (European Union, EU) dan menyertai bengkel latihan peningkatan kapasiti di setiap PC serta membangunkan latihan Persekitaran Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment, VLE) untuk menyokong staf akademik IPT di PC semasa dan selepas projek.

- Memperkukuhkan infrastruktur IPT di PC dengan menubuhkan ‘Pusat Kecemerlangan Perniagaan Keluarga’ yang akan berfungsi sebagai pusat penyelidikan dan inovasi di dalam bidang ini. Dengan ini, ia dapat memastikan pendidikan perniagaan keluarga akan kekal diutamakan dalam jangka panjang dalam agenda wilayah PC setelah projek selesai. Pusat Kecemerlagan Perniagaan Keluarga akan mempromosikan tingkah laku keusahawanan (termasuk inovasi) di syarikat keluarga yang sedia ada. Ia akan berfungsi sebagai ‘Pusat perhubungan perniagaan keluarga' di peringkat kebangsaan dan akan mempromosikan dialog yang lebih baik antara sektor perniagaan keluarga dan kerajaan, dan untuk menyampaikan kebimbangan yang dihadapi oleh sektor ini ke dalam proses-proses polisi perundingan.